Selamat datang ke Laman Web Alternatif SK Parit Haji Aman. Kenapa perlu alternatif? Apa sudah jadi dengan Portal eLearning skparithajiaman.net yang dulu?
Ramai yang tertanya-tanya, dan jawapannya mudah. Sudah hampir empat (4) tahun portal sekolah beroperasi. Ini bermakna kos domain dan webhost juga jika dikumpulkan semakin bertambah. Pihak sekolah pula tidak memperuntukkan bajet untuk aktiviti ICT seumpama ini lantaran bekalan komputer ke makmal komputer kami masih belum tiba.
Pihak admin portal bercadang menggunakan domain yang free sahaja untuk tujuan laman web ini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Selamat melayari laman web alternatif ini.